Tuesday, May 15, 2012

depa kata nama jaa bekas tentera tapi bengong nak mampuih...!!!

 

 

depa kata nama jaa bekas tentera tapi bengong nak mampuih, sia sia hampa dok pi rukuk depan rumah ambiga, orang pi bersih pun rukuk kepada allah tunai solat, yg hampa bergadai nyawa mempertahankan negara dari dicerubuh musuh, tapi pemimpin negara pengkhianat senang senang beri kp kepada warga asing dan boleh daftar sebagai pemilih, kesian vateran bahlol ni. 

sikit lagi bn menang najib jadi pm, hampa jadi melukut tepi gantang, pi lah bela bekas tentera yg merempat nu, dok rumah setinggan, masuk wad minta sedekah rata tak dak duit nak bayar kos rawatan, tetiba negara yg dipertahan org asing yg boleh mengundi. bengong sungguh hampa, bahlol, tongong

Monday, May 14, 2012

Senjata-Senjata Sulit UMNO BN terdedah..!!!

Depa kata UMNO jika tak ada senjata-senjata ini sekarang ini pakai bungkuih laa jawabnya.. hangpa nak tau depa pakai senjata apa... ini dia kami senaraikan..cuba hangpa pikiaq tengok apa yg depa dok kata nie betoi dak....



BAJU FREE


TOPI FREE



BAS FREE



 DUIT POKET



 MAKAN FREE

 

Sunday, April 22, 2012

SADA dah jadi pejabat JKM nak habaq kat hangpa...

Oleh depakata.co.cc

Hari nie kami nak habaq kat hangpa apa yg depa dok menyembang sehari dua nie kat kampung-kampung di Kedah sekarang nie... Hangpa tau dak lanie orang dok kata SADA nie dah jadi tempat 'welpare' seperti JKM iaitu dimana jika ada program kemasyarakatan mesti akan ada PENGERUSI dia si Azmi Din tuuuu....

Tengok dia tu ligat mengalahkan MB KEDAH & PENGERUSI UMNO KEDAH......jika setakad dok bagi meter ayaq ok lagi.... Nuuu dia siap buat rumah dan boh karan lagi....itu yg bestnya.... Dengaq kata si Azmi Din nie dia bakal jadi MB KEDAH nanti seandainya UMNO dapat tawan balik Kedah..... Seandainya je laa...jika gagal pakai coklat angin laa kesemua tuuu.....

Depa dok kata mamat nie ligat sebab dia dapat wahyu direct dari KL sana.... Orang KL yang dok Putrajaya dah tak berapa nak harap dah dengan puak-puak UMNO/BN kat Kedah nie yang mana asyik dok bertokak satu sama lain sahaja.. Jadi sekarang nie melalui mamat inilah sedang diwujudkan bahawa bantuan dari Putrajaya sana merupakan bantuan untuk rakyat.. yang mana hendak menafikan sumbangan Kjaan negeri yang memerintah Kedah nie...

Dari makluman yang depa dok kata gerak kerja mamat Azmi nie mendapat kerjasama sepenuhnya dari para Penghulu yang ada sekarang nie. Puak penghulu nie pun kebanyakannya sekarang ini hanya berkelakuan talam dua muka sahaja... hati tu masih pekat biru lagi....

Jadi diharap MB dan Kjaan Negeri hangpa dapat tau laa noo nak buat apa dengan benda nie.... Nak harap depa dok sembang saja tak guna nanti negeri dah lepas kat depa semula dah tak guna dah.....

Thursday, April 5, 2012

Kelaku TPM yang rakyat Kedah semakin meluat sebab tak dapat beza majlis KERAJAAN & POLITIK..!!

oleh depakata.co.cc




Hari ini depa dok hingaq akan kelaku kebodohan pemimpin negara kita iaitu Timb Perdana Menteri turun mai Kedah buat kelaku hebiaq.... hari nie KILANG NAFAS di Gurun jemput dia mai rasmi kilang depa..so far OK la mai la rasmi tak ada sapa nak marah pun sebab dia tu TPM kita dan Kilang Nafas tu pun milik kerajaan.

Tapi yang jadi sakit hatinya bila dia mai RASMI dia jadi pening dan buat kelaku BODOH sebab dia RASMI KILANG tapi dok buat ceramah politik dengan dok bantai KERAJAAN NEGERI KEDAH...

nak tau dia ucap apa nie dia bukti keratan UTUSAN :

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/538584_2872715539543_1309530202_32196370_9003169_n.jpg

Orang panggil rasmi KILANG BAJA kaa panggil mai rasmi mesyuarat Agung UMNO atau buat ceramah politik... Jika nak buat sembang bab politik nie pie la sewa padang awam kat mana-mana di Kedah nie lepas tu hang ceramah la sampai pagi nak kata kat sapa pun...ada orang kesah....

Ini majlis rasmi KERAJAAN MALAYSIA...mai tu cerita laa bab BAJA ka PERTUBUHAN PELADANG ka.. BERAPA PERUNTUKAN KJAAN PUSAT kat PELADANG...tak ada sapa nak marah jika cerita macam tuuu...

Nie tak mai dok bebel bab POLITIK... itu belum lagi cerita bab bubuh bendera DACING depa di sepanjang jalan ke Kilang tersebut dan yang muka tak malunya siap gantung bendera DACING tu di sepanjang pagar Kilang Baja Urea milik PETRONAS di sebelah kilang NAFAS tu..awat PETRONAS sebelah tu milik UMNO BN kaa...??

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/306158_351496688218778_100000753493356_904896_157714998_n.jpg
dari facebook

sebenarnya kelaku BODOH bin BANGANG inilah yang buat rakyat meluat... menyalah gunakan kuasa dan tak reti nak beza mana satu majlis POLITIK dengan majlis RASMI Kerajaan.... dia main serondoi ikut kepala otak lutut depa sahaja.....

kepada rakyat semua rakyat semoga anda dapat membuka mata...adakah pemimpin yang tak dapat membezakan benda mudah ini ingin kita mengekalkan kuasa mereka di Putrajaya...?

Biarlah kebodohan mereka itu kita ajar dengan meletakkan mereka di sebelah kerusi pembangkang pula di parlimen dan kita tunjukkan kepada mereka cara pemerintahan yang sebenarnya....

Thursday, March 29, 2012

Orang UMNO KEDAH tak suka UMI HAFILDA...!!

oleh depakata.co.cc

Ini yang depa dok kata kat Kedah sekarang nie... depa mohon supaya pimpinan atasan memahami situasi politik di Kedah. Orang Kedah bukan suka dok cerita bab dalam kain nie.. depa nak tahu isu pemerintahan.. salah guna kuasa...apa yang boleh pemimpin nak beri kepada rakyat...itu antara yang mereka hendakkan...

Tetapi jika betina garik nie mai.. yang dia tahu cerita bab "DALAM KAIN SAHAJA" isu lain bukannya dia tahu... jadi kepada pihak yang dok bawak mai minah nie pikaiq la noo...

Kami puak PR lagi suka bawak mai laa sekerap mana pun... tak heran aihh.. yg nak dengaq pun orang UMNO jaa puak kami tak mau aihh dengaq cerita langau tuu

Saturday, March 24, 2012

Isu Kedah - Alhamdulillah.. 2 Exco dan MB serta Presiden PAS berada sepentas..!!

oleh depakata.co.cc


dari facebook Zulkifli yahaya


dari facebook KedahLanie

100 org dari 5 cawangan dalam Parlimen Jerai masuk PAS hari ni.

dari facebook Azman Ahmad

Alhamdulillah.. Akhirnya dari apa maklumat yang kami perolehi awal tadi rupanya menjadi kenyataan.. dimana MB dan TPJ1/2 telah besama dalam ceramah sempena kedatangan Presiden PAS di Kedah. Dimana ianya dilakukan di kawasan MB sendiri iaitu di Parlimen Jerai.



Kepada Ketua Pemuda yang ada niat nak tukarkan TPJ dengan usul yang mereka cadangkan sebelum ini tu simpan-simpankanlah nawaitu anda itu dan gunakanlah pada masa pemilihan nanti... Masa itu bukan kata nak jatuhkan TPJ.. sekali dengan PJ pun jika tak suka jatuhkanlah.... tak ada orang nak marahnya....

Manakala kepada Geng UTK 2,3 orang yang masih lagi dok jadi jarum dalam lipatan untuk memburukkan 2 Exco tersebut henti-hentikanlah kerja buat anda itu.. jangan ingat orang tak tahu kerja buat anda itu... kembalikanlah fokos kepada kerja anda yang telah diamanakah oleh Kerajaan Negeri...

Jadi dengan satu saranan kepada semua marilah kita semua berada di landasan perjuangan kita yang sebenarnya. Sudah-sudahlah tu buat kerja untuk melagakan satu sama-lain. Tidak kira anda disebelah pihak yang mana....Tak ada apa faedahnya pun.. akhirnya yang nampak buruk PAS & KERAJAAN NEGERI juga..

rapatkanlah semula saf kedua-dua pihak itu dan target point kita sekarang ialah menghalakan muncung meriam kita kepada musuh utama kita iaitu UMNO/BN......

Allah Huakbar... Allah Huakbar... Allah Huakbar.....

Ada kejutan malam ini...adakah unit UTK akan melopong...?

Oleh depakata.co.cc

Depa dok kata malam ini azizan dan 2 exco akan buat kejutan... Adakah kejutan ini akan mengakibatkan pihak-pihak yg cuba hendak menabur garam dalam perjuangan PAS Kedah akan melopong dan gigit jari....

Untuk ketua pemuda yg hendak pecat TPJ serta sekutunya serta proxynya kita lihat adakah usul yg anda lakukan itu merupakan suara pemuda kedah atau anda dan kumpulan anda sahaja....

Kepada semua marilah kita berdoa semoga apa yg dikatakan kejutan itu menjadi kenyataan....

Semoga kehadiran Presiden akan ada cahayanya..... INSYA ALLAH.....